Kedua-dua tertuduh menutup muka elak dirakam. |
Pasangan terbabit ditahan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Dungun yang mengadakan operasi khas pencegahan jenayah syariah di sekitar bandar ini, kira-kira jam 9.30 pagi.
Siasatan awal mendapati, teman lelaki berkenaan sanggup datang dari Johor dengan menaiki bas untuk bertemu teman wanitanya dan mendaftar masuk di bilik hotel berkenaan.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di hotel sama kira-kira 10 minit kemudian, seorang gadis kolej bersama pasangannya turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya.
Gadis berusia 20-an itu difahamkan baru sebulan berkenalan dengan teman lelakinya dan dipercayai menyewa bilik hotel berkenaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
Bagaimanapun selepas serbuan dibuat, siasatan mendapati kedua-dua pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Masing-masing bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 29 April nanti mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.sinar harian
No comments:
Post a Comment