Friday 26 April 2013

3 Beradik Bawah Umur Jadi Hamba Nafsu




“Ada di antara mereka didapati dikurung dan dipaksa menjadi hamba seks sejak setahun lalu,” katanya.
Tambahnya, pada masa ini mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sementara di Kota Kinabalu.

TAWAU 17 Jun – Tiga beradik berumur antara 13 hingga 16 tahun antara 26 gadis yang berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di daerah ini, petang kelmarin.

Pegawai Pencegahan Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Taufik Mydin berkata, remaja berasal dari Filipina itu berjaya diselamatkan dalam operasi di sekitar bandar Tawau bermula pukul 6 petang.

Katanya, dalam operasi itu polis turut menahan lapan orang termasuk empat wanita yang dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Gadis pertama diselamatkan berusia 13 tahun dan selepas itu polis melakukan tindakan segera mengesan dua lagi gadis bawah umur dipercayai kakak mangsa.
“Kakak mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun itu kemudiannya berjaya dikesan di premis berasingan di sebuah rumah di Tawau.
“Seterusnya berpandukan kepada maklumat yang diperolehi operasi susulan di dua lagi premis berjaya menemui 23 lagi gadis warga Filipina yang dikurung dan dipaksa menjadi pekerja seks,” katanya di sini hari ini.

Menurut Taufik, kesemua gadis berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dibawa masuk secara haram.

“Ada di antara mereka didapati dikurung dan dipaksa menjadi hamba seks sejak setahun lalu,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sementara di Kota Kinabalu.

Katanya, kes ini disiasat mengikut seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan hingga RM500,000.

Beliau berkata, pada masa ini polis masih giat berusaha mengesan saki baki sindiket berkenaan.

Sementara itu beliau meminta kerjasama orang ramai melaporkan kegiatan pemerdagangan manusia kepada pihak polis.

“Maklumat yang diberikan akan diambil tindakan segera dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya.


Laporan Asal: 3 Beradik Bawah Umur Jadi Hamba Nafsu | D'stories 
Dipersilakan share asalkan link-kan ke blog Daxxstories semula :) 
Follow us: @ThaqifAziz on Twitter | Kepala.Kau.Otak on Facebook

No comments:

Post a Comment