Thursday, 25 April 2013

Video Pelajar Perempuan Dibelasah Beramai-ramai



Selepas video aksi buli membuli tersebar di dalam Youtube baru-baru ini, terbaru pula, aksi pelajar perempuan bergaduh di dalam tandas.
Keruntuhan akhlak dan nilai moral dalam kalangan pelajar sekarang harus diberi penekanan. Bukan sahaja pelajar lelaki tetapi pelajar perempuan.
Bezanya, ia bukan membabitkan perbuatan buli tapi lebih kepada aksi ganas kedua pelajar perempuan terbabit saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam tandas. 


Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan saja tidak cuba meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja itu terus bergaduh. 



Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari negeri di Pantai Timur. 



Di akhir klip itu, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton' di lokasi yang semakin riuh. 

Saksikan adegan yang memalukan ini pelajar-pelajar terbabit :

No comments:

Post a Comment