Tuesday 23 April 2013

Ada Yang Tak Puas Hati Aaron Aziz Mengarah Filem?




Kasihan pula dengan pelakon Aaron Aziz. Selepas satu adalah lagi satu isu yang dibangkitkan berkenaan status dirinya. Bukan status peribadi tetapi status sebagai pelakon dari tanah seberang, Singapura. Sebelum ini, identiti dirinya, yakni namanya sendiri menjadi isu. Kononnya, nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Harun. Kemudian, kemenangannya dalam ABPBH 2011 pula dipersoalkan sesetengah pihak. Selepas itu, ada lagi kemelut berkenaan dirinya berhubung taraf Penduduk Tetap sehinggakan ada pihak yang menyuruh Aaron Aziz tampilkan bukti bahawa dia dan sekeluarga sudah sah diiktirah sebagai penduduk tetap Malaysia.


Apabila, nama Aaron Aziz tidak diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2012, maka ada pula yang berkata populariti aktor itu sudah mula kendur. Dan tatkala Aaron Aziz dipilihan sebagai pengarah filem terbaharu yang asalnya berjudul Romeo Kota sebelum diubah kepada Kriptik, tiba-tiba ada pula yang mempertikaikan keupayaannya untuk mengarah. Keupayaan di sini bukanlah meragui kredebiliti aktor berbadan sasa ini sebaliknya sekali lagi dikaitkan dengan status dirinya sebagai Penduduk Tetap (PR). Apapun, tidak ada apa-apa yang banyak hendak diperkatkan. Lihat saja, luahan hati Aaron Aziz menerusi laman akaun istagram dan twitter miliknya ini!




No comments:

Post a Comment