Thursday, 25 April 2013

Nelydia Senrose Punca Qi Razali dan Yuna Berpisah ?



hi_01.2Akhirnya, segala teka-teki mengenai hubungan dua selebriti yang popular ini, iaitu Nelydia Senrose dan juga Qi Razali telah terjawab
. Kemesraan yang ditunjukkan oleh dua selebriti ini apabila mereka berdua dilihat sangat akrab semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti sedang bercinta. Ia juga berikutan dengan Qi Razali dan juga Nelydia Senrose memuat naik gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram. Tetapi apabila ditanya mengenai apa hubungan mereka, mereka hanya menjawab hanya sekadar teman rapat.
Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Qi walaubagaimanapun apabila ditanya oleh sumber berkata, dia tidak pernah meluahkan perasaan cinta kepada Nelydia.
Bagaimana hubungan mereka pada awalnya ? Hubungan mereka terjalin semasa mereka bersama-sama berlakon dalam filem Friday I'm In Love pada tahun lalu. 

"Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh," jelasnya.
Sementara itu, diminta mengulas tuduhan segelintir pihak yang menyatakan Nelydia menjadi punca kepada perpisahannya dengan Yuna sebelum ini, Qi menegaskan ia satu tuduhan yang tidak adil.
Tegas Qi: "Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus.
"Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri.

No comments:

Post a Comment