Lofa dan Hans nafi ade hubungan. |
Sejak awal pembikinan filem Lemak Kampung Santan, yang memperlihatkan gandingan pertama mereka di layar perak, kedua-duanya dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta namun dinafikan mereka.
Namun ketika ditemui pada sesi sidang media filem Lemak Kampung Santan di Saloma Bistro, kelmarin, Hans dan Neelofa kelihatan semakin mesra.
Semakin matang berbicara, Neelofa menafikan hubungan cinta mereka. Malah pelakon jelita itu juga menafikan gosip yang timbul itu adalah gimik semata-mata untuk melariskan filem mereka.
"Saya akui berkawan rapat dengan Hans tetapi tidaklah bermakna hubungan kami sudah sampai tahap bercinta.
"Lagipun kami berdua tidak pernah merancang untuk menimbulkan gosip ini dan saya tidak rasa pun ia untuk promosi filem.
Hubungan mesra antara mereka. |
Biarpun kisah cintanya masih menjadi tanda tanya, Hans menegaskan dia tidak sesekali menjadikan gosip cinta mereka itu sebagai ‘modal’ bagi tujuan mempromosikan Lemak Kampung Santan.
"Saya rasa semua tahu jawapannya. Kami tak pernah bercakap soal perhubungan dan kami tak pernah ambil gambar bersamasepanjang penggambaran filem tu.
"Cuma sekali saja kerana ada satu hari tu, media datang ke set penggambaran. Malah adapihak media minta mahu adakan sesi fotografi, tapi saya menolak. Tapi sekarang sudah tiba masanya untuk promosi, jadi kami akan terima kalau ada permintaan untuk sesi fotografi.
“Saya tak mahu gosip tentang kami diperbesar-besarkan. Bagi saya, kontroversi atau gosip tak membantu langsung mempromosi sesebuah filem. Saya rasa penonton kita hari ini lebih bijak dan mereka dah tonton filem yang bagus dan mereka juga tonton filem yang teruk," katanya.
Dia sangat menghiburkan: Hans Bagi Hans pula, hubungannya dengan Neelofa hanya rapat selepas selesai penggambaran filem tersebut dan bukannya ketika pembikinan.
Saling menyokong antara kedua-dua. |
Bercerita dengan lebih lanjut, Hans berkata, dia sebenarnya tidak mengenali Neelofa sehinggalah Aziz mencadangkan untuk Hans mengambil Neelofa berlakon filemnya.
“Saya tak kenal dia (Neelofa). Saya beritahu padanya tengah pening memikirkan pelakon untuk filem saya. Kemudian Aziz berkata, kenapa tidak ambil saja Neelofa. Saya tanya pada Aziz, siapa Neelofa? Aziz menjawab, 'my Azura'. Sewaktu itu Neelofa baru saja menjalani penggambaran filem Azura.
“Mulanya saya memang ragu-ragu dengan Neelofa tapi Aziz meyakinkan saya," katanya. Filem yang menelan belanja RM1.7 juta ini dijangka ditayangkan selewat-lewatnya ketika musim perayaan Aidilfitri nanti.-sinar harian
No comments:
Post a Comment