Saturday, 20 April 2013

Mengelak Cinta Murahan Melayu Moden






Assalamualaikum semua :)



Saya mention Melayu bukanlah bererti cinta di kalangan bangsa lain yang saya bangga-banggakan. Tapi kerana saya lebih ambil kisah tentang hubungan cinta di kalangan se Melayu seperti saya:) 


cinta?

Teringat kata seseorang "kisah cinta tak pernah menjadi topik yang pupus lupus". Dengan automatiknya saya mengangguk laju-laju. Banyak kali.


Cerita Cinta Yang Tak Pernah Pupus

Walaupun pelbagai jenis drama cinta yang kerap bermain di kaca televisyen, ramai orang tak kisah tercegat depan tv berjam-jam lamanya. 

Setia menunggu episod demi episod cinta para pelakon walaupun tayagan cuma seminggu sekali. Tak pernah kering air mata bila melihat adegan meruntun hati pasangan yang terang-terang hanyalah lakonan semata-mata!


Orang perempuan kebanyakannya macam tu lah.
Tapi... sebenarnya samalah dengan orang lelaki pun. Cuma tak ramai yang se-addicted macam kebanyakan perempuan terhadap cinta. Diorang lagi suka tau konflik cinta berbanding kisah cinta yang meleret-leret. Non-stop. Lagi berulang-ulang ceritanya.


Saya antara perempuan yang suka cerita cinta. Menghayati, merasai dan cuba memahami apa yang di lalui dalam sebuah kisah. 



Dalam Dunia Realitinya

Cinta bukanlah untuk dirasai semata-mata. Tapi cinta untuk dihayati prosesnya. Apa prosesnya? Iaitulah proses kebertanggungjawaban seseorang itu terhadap pasangan temasuklah dirinya. Masing-masing memainkan peranan terhadap antara satu sama lain.


Jangan sesekali percaya ungkapan "saya cinta awak lebih dari diri saya sendiri" atau "saya sanggup buat apa sahaja demi awak". Ungkapan itu mungkin tertunai untuk beberapa tahun pertama dalam hubungan. 


Tapi, kalau sudah berkurun lama menggesa diri melebihkan pasangan berbanding diri sendiri... alamatnya tunggulah saat kepenatan yang tiada ubatnya. 


Waktu tu, semua yang di buat pun penuh rasa terpaksa. Sampai satu ketika, tiada lagi erti untuk apa hubungan di teruskan. Bermacam rungutanlah yang boleh terkeluar.


"Saya dah tak rasa di hargai..."  
"Saya penat la macam ni..." - ini ke namanya janji "saya sanggup buat apa sahaja untuk bersama awak" bertahun-tahun dulu?

Conclusion-nya... janji manis awal-awal bercinta itu, kebanyakannya palsu.


Memahami Peraturan Bercinta

Pernah melalui zaman remaja hingusan. Saya tak menafikan cinta di mulut, sungguh-sungguh membuatkan diri terasa bahagia berada dalam sebuah relationship. Tapi, pertambahan usia dari tahun ke tahun banyak membuka mata saya bahawa...


Cinta tak perlu di ungkap seandainya tiada usaha untuk saling menjaga, tiada  usaha untuk saling bertanggungjawab. Jangan sesekali menutur cinta seandainya tiada apa yang ingin di tawarkan.

No comments:

Post a Comment