Friday, 19 April 2013

Asyraf Muslim Belum Ada Rezeki Timang Anak



Asyraf Muslim

Biarpun usia perkahwinannya sudah mencecah hampir dua tahun, nampaknya rezeki untuk menimang cahaya mata sulung masih belum jelas kelihatan buat pelakon, Asyraf Muslim dan isterinya, Dr Noor Dayana Lokman.
Namun begitu, reda dengan ketentuan dan rezeki daripada Allah SWT, pasangan ini masih tidak berputus asa untuk menimang cahaya mata.
Bercakap kepada Sinar Harian, Asyraf menyatakan, “memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari,” katanya.
Malah pasangan itu juga turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden demi melunaskan impian yang pastinya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri.
Asyraf dan isterinya telah diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci Mekah dan mengamalkan konsep bercinta selepas berkahwin seperti yang diterapkan dalam ajaran Islam yang sebenar.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
-->
 

No comments:

Post a Comment