Friday, 19 April 2013

Kaka Minta Tidak Dikaitkan Dengan Zizan Razak




Penyanyi Kaka berharap pendedahan Zizan Razak yang memendam perasaan cinta terhadap seorang wanita tidak disalah erti
oleh mana-mana pihak dengan menuduh dialah individu dimaksudkan pelawak tersebut.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 24, berkata, sejak bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Zizan iaitu Wire Fame Entertainment, ramai yang tersalah anggap kononnya mereka sedang bercinta tetapi sebenarnya hubungan itu hanyalah seperti abang dan adik.
"Kami memang terlalu rapat seperti abang dan adik, sejak dulu lagi. Tetapi apabila orang cuba mengaitkan kami, terasa kelakar pun ada.
"Harap-harap, dengan kenyataan Zizan yang mengatakan dia sudah meminati seseorang dapat menutup khabar angin percintaan saya dengan dia.
"Lagipun kami tidak pernah pun terfikir untuk menjalinkan hubungan rapat ke peringkat yang lebih serius dan ini tidak mungkin akan terjadi," katanya.
Bagaimanapun beritahu Kaka, walaupun menganggap Zizan tidak lebih sebagai seorang abang, namun sedikit daripada perwatakan pelawak itu merupakan ciri-ciri lelaki idamannya.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu duetnya bersama Zizan iaitu Bawaku Pergi dia mengakui sukakan lelaki yang bijak mengawal keadaan, tenang dan seorang yang humor.
"Perwatakan Zizan yang mempunyai sifat kelakar, tenang dan ikhlas sebenarnya adalah ciri-ciri lelaki idaman saya. Diharap saya dapat bertemu dengan lelaki seperti itu Insya-Allah," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Kaka kini sedang merakamkan sebuah lagu bersama kumpulan Sleeq dan pada masa sama turut merancang mengeluarkan sebuah lagu solo ciptaan komposer Tam (Spider) tidak lama lagi.
Tambah Kaka, walaupun hanya popular dengan sebuah lagu sahaja sepanjang dua tahun dalam industri muzik tempatan, namun dia gembira dengan konsep perkembangannya di bidang nyanyian itu.
"Saya senang dengan cara tidak terlalu terkejar-kejar dalam karier. Yang penting saya mahu menyanyi dan menghiburkan orang.
"Dan Alhamdulillah, walaupun hanya muncul dengan sebuah lagu, tetapi rezeki nyanyian sentiasa ada,

No comments:

Post a Comment