Friday 19 April 2013

Rupanya @emma_maembong Yang Bagi Iphone 5 Kepada Zizan di Hari Lahirnya



 

Memandangkan Selasa lalu pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak mengaku sudah miliki teman istimewa, seorang aktres jelita iaitu Emma Maembong telah dikaitkan dalam perkara tersebut.


Spekulasi ini timbul apabila pelakon wanita itu dilihat hadir pada malam majlis sambutan ulangtahun Zizan pada Ahad lalu di Felda D’villa, Kuala Lumpur.

Namun begitu, Emma Maembong telah menolak dakwaan kononnya dia adalah wanita yang dimaksudkan oleh Zizan dan menegaskan agar namanya tidak dikaitan dalam perkara tersebut.
Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.
Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.
Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya. – Tegas Emma menerusi laporan Sinar Harian Online. 

No comments:

Post a Comment