BEEGO DAN LINDA NIKAH 6 JUN 2013 PM JEMPUTAN UTAMA
Beego dan Linda Nikah 6 Jun 2013 PM Jemputan Utama
PM Individu Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
PM Individu Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu pertama menerima kad undangan perkahwinan pelakon Beego yang akan berlangsung pada bulan Jun depan. Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata, dia telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu.
“Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir. “Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti. “Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya,” katanya.

Beego dan artis Linda Hashim merancang untuk bernikah pada 6 Jun depan manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian. Kedua-dua pasangan itu telah bertunang pada 3 November 2012. Beego yang merupakan seorang duda sebelum ini pernah berkahwin dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 tetapi rumah tangga mereka itu hanya mampu bertahan kira-kira 10 hari sahaja.
Menurut Beego, tindakannya menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Najib berlaku secara spontan dan dia tidak berasa gementar untuk bertentang empat mata dengan beliau. Malah Beego turut memuji keperibadian Najib yang mudah didekati. Sementara itu mengenai persiapan perkahwinannya kata Beego, banyak perkara berjaya diuruskan namun hanya tinggal beberapa urusan kecil yang perlu dilakukan kira-kira dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung. Tambah Beego, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.
BEEGO DAN LINDA NIKAH 6 JUN 2013 PM JEMPUTAN UTAMA
No comments:
Post a Comment